Rabu, Disember 22, 2010

Katakan Tidak Kepada Selesema

Gejala-gejala selesema termasuklah hidung berair, hidung tersumbat, bersin, sakit tekak dan batuk. Demam dan jangkitan bakteria juga kadang-kadang boleh menyusul.

Faktor utama yang menyebabkan selesema ialah kelemahan sistem imun tbuh badan. Keadaan akan menjadi bertambah buruk sekiranya penghidap mengalami tekanan dan alahan yang boleh membaa kepada kemungkinan untuk dijangjikiti oleh lebih daripada 200 jenis virus yang berbeza.

Doktor biasanya akan mengesyorkan anda berehat secukpnya serta meminum air dalam kuantiti yang banyak untuk menguatkan sistem imun anda. Cara ini akna meningkatkan daya ketahanan badan anda untuk melawan jangkitan selesema.



Isnin, Disember 13, 2010

Anda Mungkin Menghidap Kanser Perut

Kesakitan yang biasa pada bahagian perut kerap dirasai oleh kebanyakan kita, faktor berlakunya kesakitan tersebut mungkin berpunca dari tabiat pemakanan yang buruk. Perlu diingatkan bahawa apapun kesakitan yang dialami, itu mungkin petanda awal anda sebenarnya sedang mengalami kanser perut.

Sekiranya anda kerap mengalami sakit-sakit dibahagian perut (kesakitan mungkin berulang dua hingga tiga kali seminggu), pemeriksaan awal adalah perlu untuk mengenal pasti seterusnya mengesan kanser yang mungkin terdapat dalam perut anda. Walaupun tiada gejala yang boleh dikaitkan dengan sejarah penyakit kanser perut, namun penyakit ini boleh menyerang mangsa tanpa sebarang tanda. Oleh itu, pemeriksaan awal adalah perlu bagi mereka yang kerap mengalami kesakitan yang berulang pada perut mereka.


Cara mengawal kanser perut:

1) Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Makanlah secara sederhana dan pada waktu yang telah ditetapkan.

2) Kekalkan berat badan yang idea dan sihat dan jauhi makanan yang boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan anda.

3) Melakukan senaman aerobik sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Senaman tersebut dapat membantu merangsang aktiviti otot-otot usus untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus dengan kadar yang cepat.

4) Mengawal tekanan perasaan. Mengikut kajian, tekanan dapat meningkatkan penghasilan asid di dalam perut dan mampu memperlahankan sistem pencernaan.


5) Mengamalkan diet berkhasiat dan dapatkan rehat secukupnya.